Masker Timun Dan Putih Telur? Jom Buat - Abang Terlajak Laris


Masker Timun Dan Putih Telur? Jom Buat


Untuk mengembalikan kesegaran pada kulit wajah, kita sering kali menampal hirisan timun pada wajah. 

Jom kita cuba buat dengan menggunakan timun dan putih telur.

Kalau anda nak tahu masker wajah diperbuat daripada pulpa timun yang diparut halus dan putih telur bukan sahaja penyegar yang bagus, malah ia merawat jerawat dan mengecilkan liang pori serta mengurangkan kedutan mata.

Bahan:
1 biji timun
1 biji telur (ambil putihnya sahaja)



Cara membuatnya:
1. Pukul putih telur sehingga kembang dan kental.
2. Parut halus timun sehingga peroleh dua sudu besar pulpa timun.
3. Campur sebati kedua-dua bahan.

Cara menggunakannya:
Sapukan pada wajah dan biar selama 15 minit sebelum dibasuh.

No comments

Powered by Blogger.