Pernah Cuba Kopi Halia? Ini Khasiatnya.. - Abang Terlajak Laris


Pernah Cuba Kopi Halia? Ini Khasiatnya..


Namun, pernahkah anda membayangkan kopi yang dicampurkan dengan halia? Apa rasanya?

Sebenarnya ia bukan sahaja mempunyai rasa yang unik dan sensasi, menggabungkan halia bersama kopi merupakan satu cara untuk mendapatkan satu minuman yang sangat sihat.

Jika anda tidak tahu, kedua-dua halia dan juga kopi merupakan jaguh bagi carta antioksidan terbaik. 

Kopi berada di tempat pertama dikenali sebagai makanan yang sangat tinggi kandungan antioksidan. Manakala, halia tidak jauh dari situ, turut dipercayai mengandungi antioksidan sangat tinggi. 

Kopi yang kebanyakan disukai oleh lelaki membantu menangani pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, diabetes jenis 2, Parkinson dan sebagainya. 

Manakala, halia telah digunakan sejak 2,000 tahun lalu dalam pelbagai tamadun terutamanya di Asia dan juga Afrika. Bukan sahaja menyedapkan makanan malah diangkat sebagai salah satu makanan paling sihat di dunia.

boleh dapatkan dengan agen online dan kedai jamu terdekata anda

Antara kelebihan halia termasuklah sifatnya yang antibakteria, antioksidan, anti-kanser, menurunkan kadar kolesterol, melawan diabetes dan melindungi hati.

Jadi, mengapa masukkan halia dalam kopi anda?

Memetik laman nicksfit, kombinasi halia dan kopi ini secara ringkasnya mampu meningkatkan fungsi antioksidan dan juga anti-radang. 

Laman tersebut turut mengesyorkan penggunaan serbuk halia, berbanding halia segar kerana bukan sahaja lebih enak, ia juga mampu berfungsi memanaskan badan dan juga membantu melancarkan penghadaman. 

Oleh itu, bagi anda yang ingin mencubanya, hanya tambahkan 1 sudu kecil serbuk halia dalam minuman kopi anda. Lepas ini, ia bolehlah menjadi rutin anda ya! - CARI 

No comments

Powered by Blogger.