Pernah Tak Makan Sambal Tempoyak Goreng? Ini Resepinya - Abang Terlajak Laris


Pernah Tak Makan Sambal Tempoyak Goreng? Ini Resepinya


Sambal tempoyak menjadi antara sambal yang paling digemari ramai selain sambal belacan. Apabila digandingkan dengan nasi panas, memang 'kaw' rasanya! Tak perlu lauk 'hebat-hebat', makan dengan telur goreng pun sudah memadai.

Tapi, pernah tak anda rasa sambal tempoyak dari Sumatera Selatan? Kalau belum, anda harus cuba, kerana cara membuat dan rasanya tak sama dengan sambal tempoyak yang biasa kita makan hari-hari tu.

Bahan-bahan:
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3 biji cili besar merah*
Sedikit cili api* (mengikut selera dan ketahanan pedas masing-masing)

Nota: Kisar bahan bertanda (*)

Tempoyak secukupnya
Gula
Garam
Perasa
Minyak masak

Cara membuatnya:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau
2. Masukkan tempoyak, garam, gula dan perasa secukupnya
3. Tumis lebih kurang 2-3 minit atau hingga pecah minyak
4. Angkat. Siap disajikan!

Mungkin ada yang tak pernah melihat resipi sambal tempoyak goreng ini dan merasa agak pelik. Jika nak tahu sedap atau tidak, cubalah sendiri resipi ini! Memang terliur terutama bila makan dengan ulam. Gerenti terangkat! - CARI

Kredit resipi: Dream.co.id

No comments

Powered by Blogger.