Petua Mudah Untuk Kempiskan Perut - Jamu Asam Kunyit Halia - Abang Terlajak Laris


Petua Mudah Untuk Kempiskan Perut - Jamu Asam Kunyit Halia


Petua mudah untuk kempiskan perut dan insyaAllah dengan IzinNya untuk kurus😍. Boleh diamalkan oleh wanita dan lelaki.

Khasiatnya juga dapat mengeluarkan angin degil dan menghalang lemak terkumpul.
Melancarkan pencernaan.
Ia baik juga untuk melancarkan darah uzur bagi kaum wanita.
Malah dapat membantu menyihatkan dalaman dan luaran. Dan juga menjadikan awet muda jika diamalkan. InsyaAllah.

Bahan Bahannya:
3 inci Kunyit
1 inci Halia
Segenggam asam jawa
2 sudu gula melaka/ gula kabung
Sedikit garam
*boleh ikut citarasa

Cara Caranya: 
Halia dan kunyit ditumbuk dalam lesung batu. Atau boleh juga dikisar.





Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan juga air asam jawa yang sudah diramas.
Didihkan. Tapis dan saringkan. Dan boleh diminum suam suam.
Simple kan.
Boleh juga diolah rasa ikut kesesuaian kita.
Diamalkan mengikut keperluan pengamal.

Petua ini telah dikongsi oleh ‎Azwani Muzammel‎ via Petua dan amalan orang lama

No comments

Powered by Blogger.