Rawat Buasir Secara Semulajadi Dengan Bawang Putih - Abang Terlajak Laris


Rawat Buasir Secara Semulajadi Dengan Bawang Putih


Ada beberapa perkara yang membuat buasir datang menganggu kesihatan tubuh iaitu:

Terlampau lama duduk
Melakukan aktiviti dengan berjam-jam dalam posisi duduk membuat terjadi pelebaran pada dubur.
Kerana mengalami cirit-birit yang berpanjangan
Selalu buang air mengakibatkan kekurangan cecair dan berpengaruh pada dubur. Jika tidak ada lagi cecair yang di perlukan tubuh, pelincir yang berasal dari air dan serat yang di makan akan habis sehingga terlampau sering buang air besar membuat buasir akan keluar.
Sukar buang air besar setiap hari
Kerana sering mengalami sembelit sehingga sukar buang air besar.
Pola makan yang tidak sihat sehingga menyebabkan sembelit
Sering mengangkat benda yang berat.
Pekerja berat akan membuat bahagian duburnya akan terdorong keluar.

Cara merawatnya menggunakan bawang putih

Jika anda sudah mengetahui penyebabnya, anda baru boleh mengetahui cara mengubati buasir berdarah secara semulajadi dan boleh melakukan rawatan baik dari luar maupun dari dalam. 

Untuk rawatan dari luar, anda boleh menggunakan bawang putih tersebut dengan cara di tumbuk kemudian mencampurkan dengan sedikit air dan setelah dihimpit bawang putih tersebut akan mengelurkan air. 

Air perahan bawang putih ini boleh dimanfaatkan untuk merawat buasir dengan cara disapu pada bahagian dubur setiap hari. 

Apabila rutin dilakukan buasir akan cepat hilang dan tidak membengkak lagi.

Apabila sudah dilakukan dengan sapuan pada bahagian dubur, jangan lupa minum air putih yang cukup agar tubuh lebih banyak cecair sehingga metabolisme tubuh lebih terjaga dan keperluan cecair yang sangat diperlukan tubuh untuk mengubati buasir ini lebih cepat berkesan.

Dengan menggunakan tumbuhan seperti bawang putih merupakan salah satu cara terbaik untuk merawat buasir secara semulajadi. Namun jangan lupa meminum air putih 2 liter setiap hari. Kerana bawang putih dan air putih sangat besar pengaruhnya untuk mempercepatkan penyembuhan buasir. 

Bagi anda yang sedang menderita buasir masa ini, perlu mencuba resipi mujarab ini.

Selamat mencuba.

Sumber: petuaibu

No comments

Powered by Blogger.