Roti Canai Rainbow Abang Terlajak Laris - Abang Terlajak Laris


Roti Canai Rainbow Abang Terlajak Laris

Baru baru ini abang ada kongsikan kepada anda video live cara nak memasak roti canai rainbow.

Kenapa 'rainbow' ?

Sebab anak saya Qadeeja dan Baim yang bagi nama tu. 

Caranya tak susah, hanya perlukan 5 minit sahaja. Walaupun ringkas tapi rasanya sedap. Anak anak paling suka lah makan.

Apa yang kita perlukan adalah..

Roti canai Paratha
Tuna pedas dalam tin jenama Ayam Brand
Jagung dalam tin
Lada benggala
Bawang besar
Cheese  

Roti canai Paratha

Cara caranya mudah sangat..

1. Masukkan tuna pedas kedalam mangkuk bersama jagung mengikut keperluan masing masing.

2. Hiris kecil bawang besar dan lada benggala  dan gaulkan sekali dalam mangkuk tadi.

3. Keluarkan roti paratha letakkan bahan gaul tadi atasnya dan taburkan cheese. 



4. Keluarkan 1 keping lagi roti paratha dan letakkan diatasnya dan jadikan seperti ala ala karipap.


5. Pastikan bahan gaul didalam tidak terkeluar. Dan boleh lah digoreng tanpa menggunakan minyak.


6. Masak sehingga warna keperangan 5 ke 8 minit.


7. Siap untuk dihidangkan.


Nampak sedap kan? Korang memang boleh cuba ni. Senang je. Roti paratha tu pun senang dapat di pasar pasar raya. 

Harganya hanya RM5.50 je.

Cuba ya. Anak anak suka ni. 

No comments

Powered by Blogger.