Tips Mudah Puasa Untuk Sahur - Abang Terlajak Laris


Tips Mudah Puasa Untuk Sahur


Abang nak kongsikan tips puasa untuk sahur memandangkan lagi esok kita akan puasa. Suka ke tak puasa? Kalu nak raya kena suka puasa. Tak gitu?

1. Bangun sahur pada waktunya. Jangan lupa kunci jam. Bunyi jam terus bangun jangan tutup jam pastu sambung tidur balik. Lebih afdal makan sahur di akhir waktu contoh macam pukul 5 pagi. Akhir waktu kan ikut sunnah nabi?

2. Jangan terlalu banyak makan sampai buncit perut. Makan dalam keadaan sederhana sahaja. Utamakan makanan yang kaya karbohidrat, protein dan buah-buahan. Sahur dengan makanan yang mengandungi banyak air sangat baik untuk hidrasi tubuh kita sepanjang hari.

3. Akhiri sahur dengan minum segelas susu untuk melengkapi nutrisi tubuh. Makan suplemen ataupun multivitamin untuk memberi tenaga superman esok hari.

4. Jangan makan makanan yang terlalu manis.

5. Minum air yang secukupnya. Sekurang- kurangnya 3 hingga 5 gelas. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan teh kerana tubuh akan cepat kehilangan air melalui pembuangan air kecil.

No comments

Powered by Blogger.