Tutorial Make Up Untuk Wajah Bulat Agar Kelihatan Lebih Tirus Dan Langsing - Abang Terlajak Laris


Tutorial Make Up Untuk Wajah Bulat Agar Kelihatan Lebih Tirus Dan Langsing

Nak muka nampak lebih tirus dan tak bulat?

1. Langkah pertama yang perlu anda lakukan iaitu membersihkan terlebih dahulu wajah anda sebelum mengenakan make up. Bersihkan wajah anda sehingga benar-benar bersih supaya kotoran tidak ikut melekat. Anda boleh membersihkan wajah anda dengan menggunakan pembersih wajah yang biasanya anda gunakan.


2. Setelah itu, pakailah base make up atau make up asas.


3. Seterusnya, ambil foundation yang biasa anda gunakan. Sapu foundation secara tipis-tipis pada wajah anda sehingga benar-benar merata. Akan lebih baik jika anda memilih foundation dengan warna yang sama seperti wajah anda.

Gunakan creamy foundation coklat pada wajah anda sebagai bayangan. Anda boleh mengaplikasikan foundation ini pada pipi. Ketika mengaplikasikan shading sebaiknya gunakan berus khusus untuk foundation. 


Cara mengaplikasikannya iaitu, arahkan berus yang sudah diberi foundation dari cuping telinga ke cuping hidung. Cara ini boleh membuat pipi anda kelihatan lebih tirus dan langsing.

4. Kemudian, lakukan cara yang sama untuk bahagian dagu, terlebih lagi bagi anda yang mempunyai dagu double.

5. Lakukan lagi cara yang sama pada bahagian dahi anda yang lebar. Caranya iaitu, shading dengan tipis pada bahagian pipi kanan serta bahagian kiri wajah anda.

Apabila anda ingin hidung kelihatan mancung, anda boleh membuat shading pada hidung anda. Buat shading pada hidung bahagian kiri dan kanan.


6. Setelah itu, berikan highlight pada bahagian tengah tulang pipi anda. Selepas itu, tutup dengan menggunakan contouring atau shading dan highlight dengan menggunakan bedak tabur, aplikasikan bedak dengan tipis tipis menggunakan spons.


Blush on pada tulang pipi anda dengan mengikuti bentuk shading pipi anda.

Bagi anda yang mempunyai alis tebal dan berjauhan, bentukkan kening anda melengkung mejauhi mata kerana bentuk kening ini akan membuat wajah anda kelihatan lebih bujur atau panjang.


Untuk anda yang mempunyai bulu kening jarang, anda boleh menyempurnakannya dengan menggunakan pensil kening berawarna hitam. Tipis tipis saja, kerana kening yang terlalu tebal justru akan membuat gambaran wajah kelihatan aneh dan menakutkan.


Berikan highlight warna putih pada bahagian dahi, dagu dan bawah mata dengan menggunakan berus. Untuk eye shadow dan lipstick anda boleh mengaplikasikan warna sesuai dengan acara yang akan anda kunjungi.


Untuk lebih faham lagi boleh tengok video tutorial dibawah ini.

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.