Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung? Cuba 4 Petua Tradisional Ni - Abang Terlajak Laris


Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung? Cuba 4 Petua Tradisional Ni


Kehadiran hormon progesteron dan relaxin dalam wanita mengandung menyebabkan dinding saluran darah mengembang sehingga menyebabkan ia timbul ke permukaan kulit.

Anda boleh mencuba 4 petua ni.

1. Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

2. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.

3. Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.

4. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur.

Vitamin yang dicadangkan untuk mencegah urat simpul

1. Vitamin B Complex
Membantu masalah urat dan saraf. Selain daripada itu vitamin B3 membantu melancarkan peredaran darah dalam vena dan arteri.

2. Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin larut air yang banyak terdapat dalam darah. Diperlukan untuk pembentukan kolagen, pembentukan kulit dan elastin yang membantu kulit untuk meregang. Tisu-tisu ini diperlukan untuk memastikan dinding vena kuat dan fleksibel.

3. Vitamin E
Merupakan antioksida yang larut lemak. Vitamin E biasanya terdapat pada sel membran yang terbina daripada lemak. Fungsi vitamin E adalah untuk meneutralkan radikal bebas yang menyerang salur sarah sekaligus menguatkannya.

No comments

Powered by Blogger.