12 Step Mudah buat Anyam Ketupat - Abang Terlajak Laris


12 Step Mudah buat Anyam Ketupat

Sebenarnya tak susah membuat anyaman ketupat tetapi jika kita cuba terus menerus maka pasti akan dapat walaupun pertamanya tidak begitu rapi, tapi seiring berjalannya waktu pasti akan mahir  dan lebih rapi dalam membuatnya.



Bahan yang diperlukan:

Daun kelapa yang masih muda yang berwarna hijau muda
Pisau yang tajam

Cara caranya ialah:

Pertama, potong daun kelapa yang masih muda pada pokok kelapa.

Teruskan dengan mengambil daun kelapa yang masih muda.

Kemudian buang batang keras pada daun kelapa tersebut.

Lalu turun 1 helai daun dan ganda tiga kali pada tangan kiri anda dengan kedudukan bahagian bawah daun menghadap ke atas.

Ambil 1 helai lagi danletak diatas tangan kiri dengan sedikit ditekan oleh jari, masukan secara beselingan.

Ambil salah satu janur dan putar ke belakang mengikut daun tadi.

Setelah itu, masukkan hujung janur yang sudah diputar tadi seperti menganyam kedalam daun yang di tengah.

Teruskan anyaman tadi sampai bawah tangan anda. Lalu lakukan perkara yang sama pada daun satunya.

Teruskan dengan hujung pangkal daun yang berada disamping sampai bertemu diatas hujung ketupat.

Terakhir tarik secara perlahan.

Nak mudah boleh tengok step kat bawah ni.


No comments

Powered by Blogger.