5 Amalan Yang Patut dilakukan Pada Malam Hari Raya - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

5 Amalan Yang Patut dilakukan Pada Malam Hari Raya


Terdapat banyak nas yang menggalakkan kita menghidupkan malam raya, di mana padanya terdapat keberkatan dan rahmat. Justeru, bergembira pada malam raya dengan memuja dan memuji kebesaran Ilahi dan bertakbir sudah pasti mempunyai banyak kelebihan.

Di sini dinyatakan dua perkara yang digalakkan pada malam raya selain daripada mengeluarkan zakat fitrah:

Menghidupkan malam raya dengan berqiamullail. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Abu Umamah, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْعِيدِ مُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَومَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “Siapa yang mendirikan malam raya dengan penuh penghisaban, nescaya tiada mati hatinya pada hari matinya segala hati.”

Riwayat Ibn Majah

Bertakbir pada malam raya dan pagi hari raya sehingga solat raya. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
زَيَّنُوْا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ

Maksudnya: “Hiasilah hari raya kamu dengan bertakbir.”

Riwayat al-Tabarani

Bertahlil, bertakbir, bertahmid, dan bertaqdis. Ini berdasarkan hadis daripada Anas, sabda Rasulullah SAW:
زَيِّنُوا الْعِيْدَيْنِ بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّكْبِيْرِ وَالتَّحْمِيْدِ وَالتَّقْدِيْسِ

Maksudnya: “Hiasilah kedua hari raya kamu dengan tahlil, takbir, tahmid dan taqdis.”

Riwayat Abu Nuaim

Berdasarkan hadis-hadis di atas, antara amalan yang patut dilakukan pada malam hari raya dan pada hari raya ialah:

Qiamullail
Berdoa kepada Ilahi
Bertakbir (الله أكبر)
Bertahlil (لا إله إلا الله)
Bertahmid (الحمد لله)
Dan bertasbih (سبحان الله)

Hari raya dikenali dengan hati anugerah atau al-Jawaiz. Hal ini berdasarkan banyak hadis dhaif. Imam al-Zuhri berkata: Apabila hari raya fitrah, orang ramai keluar kepada Tuhan yang Maha Perkasa, lantas Allah melihat perbuatan mereka, seraya berfirman: Hai hamba-hamba-Ku, kamu berpuasa kerana-Ku dan juga berqiamullail, pulanglah kamu dalam keampunan Allah.

Mengikut Mauriq al-Ijli yang berkata kepada sebahagian sahabatnya di tempat solat pada hari raya fitrah: Hari ini kamu akan kembali seperti baru dilahirkan oleh ibu kamu. Hal ini juga dinyatakan oleh Abu Ja’far al-Baqir dan ramai lagi tokoh ulama.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.