6 Petua Hebat Menggunakan Minyak Habbatus Sauda - Abang Terlajak Laris


6 Petua Hebat Menggunakan Minyak Habbatus Sauda

Nabi muhammad S.A.W bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: 

“Gunalah habbatussauda kerana didalamnya terdapat sejenis ubat yang menyembuhkan pelbagai penyakit kecuali as sam (mati)” 

Minyak Jintan hitam adalah minyak yang paling berkhasiat dan menyihatkan yang terdapat pada hari ini. Minyak Jintan hitam juga dikenali sebagai Habbatus sauda yang sangat terkenal di negara-negara Islam terutamanya di negara Arab. 

Ia juga dipanggil Nigella Sativa ataupun black seed oil dikalangan orang barat. Ia bukanlah salah satu daripada minyak-minyak biasa yang sering dipromosikan di laman web kesihatan, tetapi minyak jintan hitam adalah benar-benar bermanfaat yang telah digunakan selama beratus-ratus tahun. 

Hampir 1400 tahun minyak ini diketahui sejak ia memberikan kesan positif dan ia telah digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan dari gemuruh sehinggalah penyakit membawa maut terutamanya berkaitan dengan penyakit jantung.


1. Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur. Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.

2. Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu.
Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.

3. Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii.
Kebaikan: kesihatan tenaga batin.

4. Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur.
Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.

5. Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam.
Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.

6. Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari.
Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.

No comments

Powered by Blogger.