9 Tip Dan Persediaan Balik Kampung Kena Tahu! - Abang Terlajak Laris


9 Tip Dan Persediaan Balik Kampung Kena Tahu!


Esok  nak sambut Aidilfitri.. kejap sangat terasa Ramadhan kali ini. Sedih Ramadhan dah nak tinggalkan kita.. Tapi hati teruja tak sabar nak raikan kemenangan Aidilfitri dengan insan-insan tersayang! 

Apa tips dan persediaan korang semua nak balik kampung raya ni?

1. Servis kereta.

Biasa nak travel jauh mesti suami akan servis kereta dulu cek mana yang patut. Nak jalan jauh pastikan kenderaan dalam keadaan baik.

2. Matikan segala suis kat rumah.

Jangan lupa cabut sekali segala plug dan penutup tong gas untuk elakkan kebocoran gas.

3. Pastikan rumah berkunci dan dalam keadaan selamat.

Pastikan juga alarm rumah (kalau ada) berfungsi dengan baik. Bagitau kat jiran(yang dipercayai) kita balik kampung. Mintak tolong tengokkan rumah. Bagila sekali kueh raya sebekas dua sebagai tanda terima kasih.

4. Kad TouchNGo dan Smart Tag

Topup siap-siap kad ni. Nanti senang tak kalut nak cari tempat topup. Even kalau emergency pun tak jadi masalah.

5. Install Waze kat handphone

Biasa balik kampung raya ni jalan mesti jem dan sesak. Kalau guna waze biasanya kita boleh dapat info jalan mana yang ok dan tak. Pastikan kredit hp cukup dan data mobile banyak.

6. Kelengkapan pakaian

Pastikan cukup segala keperluan terutama baju anak-anak, pampers, vitamin anak, minyak angin dan lain-lain.

7. Bawa CD atau pendrive

Kalau travel jauh mesti agak letih duk lama dalam kereta kan. Bawalah cd Al Quran, nasyid untuk dengar.

8. Bawa suplemen

atasi mengantuk ketika memandu
Nak travel jauh perlukan ketahanan fizikal jugak. Sediakan juga Nutriferon untuk antibodi anak, dan cinch tea mix untuk atasi letih dan mengantuk ketika memandu.

9. Baca doa dan berdoa.

Bacalah doa naik kenderaan dan lazimilah berdoa ketika musafir.. antara waktu mustajab doa adalah ketika musafir. Semoga semua selamat sampai ke destinasi bertemu keluarga tersayang♡


No comments

Powered by Blogger.