Bersalin Ceaser, Ini 5 Kelebihannya - Abang Terlajak Laris


Bersalin Ceaser, Ini 5 Kelebihannya


Bagi yang baru kahwin atau hamil anak pertama kena ada ilmu. Nanti bila dah bersalin baru nak ambik tau. End up bila bersalin ceaser baru panik tak tahu mcm mana nak handle. Bila dalam pantang ambil mudah, yang merana body sendiri. Paling tak best bila ceaser ni perut memang berlipat dan lembik dari bersalin normal.

Bersalin pembedahan ni ialah bila [akar bedah membuat potongan pada perut dan rahim ( uterus ) agar bayi anda boleh dilahirkan. 

Jarum yang dicucuk dari belakang tu la epidural yang disuntik dari belakang. Utk mengebaskan badan semasa pembedahan nanti

Masa operation, kita boleh pilih untuk sedar atau tidur / pengsan. Kalau separa sedar biasanya ubat bius / epidural akan disuntik pada tulang belakang bagi mengebaskan separuh badan si ibu.

Epidural ni ada banyak side effect. Tapi semua orang tak sama. Majoriti akan alami masalah sakit pinggang lepas bersalin.Walaupun macam tak sakit sebab masa operate kita tak rasa, hakikatnya bersalin  normal lebih selamat bersalin ceaser. Dan, bersalin normal juga bagus untuk kesuburan anda pada masa akan datang.

Jenis potongan untuk teknik ceaserian

Biasanya doktor tidak membenarkan wanita yang bersalin pembedahan mengandung lagi dalam masa terdekat bagi tujuan kesihatan si ibu tadi.

Namun, kaedah ceaser ini telah berjaya menyelamatkan ramai nyawa wanita dan baby zaman sekarang. Tak macam dulu-dulu. Kan dulu semua bersalin ikut bidan.. Bila anak songsang dan tak keluar ibu dan baby akan meninggal. 

Lepas tu siap jadi hantu kononnya.. Tapi dengan kaedah ceaser ni Alhamdulillah ramai wanita dah tak takut lagi beranak ramai.

Kelebihan bersalin Ceaser

Ramai di momokkan dengan kaedah bersalin tingkap ni. Tapi banyak juga kelebihannya. Antaranya ialah kita boleh pilih tarikh baby. So, senang kalau jenis wanita bekerjaya nak urus jadual kerja.

Tidak ada kesakitan daripada luka jahitan / guntingan pada faraj dan dubur seperti bersalin normal.

Tak ganggu pada cengkaman otot vagina sangat. Tapi kalau tak ambil herba dan buat senaman kegel mau longgar juga lama-lama bahagian tu.

Tidak merasa sakit semasa bukaan pelvik berlaku. Bagi yang bersalin anak 1st biasanya akan alami proses ni lebih lama. Ada yang kes anak terlalu besar hingga koyak banyak. Ini akan menyebabkan fobia. Jadi ceaser ni paling bagus untuk wanita paling cukup takut dengan sakit.

Teknik tingkap ni juga menyelamatkan nyawa ibu dan bayi. Terutama bayi kembar, songsang atau ada komplikasi.

No comments

Powered by Blogger.