Khas Wanita, 4 Punca Payudara Wanita Kendur - Abang Terlajak Laris


Khas Wanita, 4 Punca Payudara Wanita Kendur


Apa yang menyebabkan payudara mudah kendur dan jatuh lebih-lebih lagi selepas bersalin?? Punca payudara kendur atau ‘sagging breast’, ada banyak faktor, antaranya seperti faktor penuaan atau menopaus. Ia adalah sesuatu yang wajar kerana kelenjar susu mengecil, sehingga ada ruang kosong di dalamnya.

Perubahan tubuh yang drastik, sehingga lemak di dalam payudara berkurangan turut menjadi salah satu punca payudara kendur. Ramai wanita tidak menyedari apa yang terbaik untuk menguatkan lagi keindahan payudara mereka.

Faktor lain punca payudara kendur ialah..

1. Setelah Bersalin & Menyusui Bayi
Ukuran payudara semakin berkembang seiring dengan usia kehamilan. Membesarnya payudara membuat massanya bertambah. Akibatnya, tarikan ke bawah (melorot) semakin kuat.

2. Tidak Ada Alat Penyokong
Membiasakan diri tanpa memakai bra atau baju dalam akan menyebabkan payudara menjadi kendur. Apatah lagi, jika payudara anda tergolong dalam saiz yang besar. Selain itu, sama juga seperti para ibu yang menyusui bayinya, massa payudara mempengaruhi tarikan graviti. Semakin besar massa, semakin besar juga daya tarikan gravitinya.

3. Pakai Bra Yang Tak Tepat
Setiap inci tubuh, harus dijaga dengan baik, lebih-lebih lagi payudara. Penggunaan bra yang tidak tepat dengan saiz payudara, terlalu kecil sehingga membuatkan payudara tersepit  juga bukan sahaja menyebabkan payudara tidak sihat. Malahan turut menjadi punca payudara kendur dan lembik.

4. Kekurangan Zat
Walaupun pengambilan makanan berzat  lebih berguna untuk menegangkan kulit, tetapi penyakit seperti ‘tuberkulosis’ atau kanser boleh mengakibatkan payudara menjadi kendur, kecil dan lembik boleh muncul akibat kekurangan zat.  

Pengambilan sayuran seperti kubis, kacang soya, tempe, susu soya dan bawang putih sangat bagus untuk mencegah kanser payudara. Begitu juga dengan suplemen yang membantu bentuk payudara kekal anjal dan padat. Walaupun bersaiz sederhana tetapi yang paling utama ia tidak hilang kekenyalan dan kekal tegang / terletak.

No comments

Powered by Blogger.