Nak Bersihkan 'Air Conditioner', Hanya Gunakan Remote Je - Abang Terlajak Laris


Nak Bersihkan 'Air Conditioner', Hanya Gunakan Remote Je


'Air Conditioner' mestilah diselenggara mengikut jadual oleh juruteknik mahir. Walaupun unit masih berfungsi dengan baik, penyenggaraan dan servis adalah penting untuk memastikan ketahanan unit dan kebolehupayaan unit memberi kesejukan mengikut kapasiti awal.

Selepas anda guna aircond waktu malam, JANGAN matikan terus penyaman udara anda sebaliknya lakukan langkah berikut.

Tetapkan mode daripada "Cool" ke mod "Fan", tetapkan kelajuan kipas ke tahap paling tinggi.

Biarkan ia berjalan selama 15 minit.

Kemudian barulah matikan aircond.

Mengapa tetapkan ke mode "Fan"?

Tujuan kita tetapkan ke Mode "fan" kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat. Dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) dan udara bertiup.

Ia akan mengeringkan kelembapan dalaman unit penghawa dingin anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran  dan kelembapan)

Pesanan : Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode "Cool" apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.

Sumber: keluarga.my

No comments

Powered by Blogger.