Nak Kulit Cerah Cepat? Hanya Guna Gabungan Tiga Bahan Ini Sahaja - Abang Terlajak Laris


Nak Kulit Cerah Cepat? Hanya Guna Gabungan Tiga Bahan Ini Sahaja

Penggunaan beras pulut, garam dan gula bukan hanya buat kulit cerah bahkan juga memulihkan masalah jerawat dan melembutkan kulit wajah. Tidak salah jika kita mencubanya.


Petau ini dikongsikan oleh Ika Mat Bakhir,

Bahan-bahan:
2 sudu makan beras pulut
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara caranya ialah:
Satukan kesemua bahan ini di dalam kuali dan sangai kering kesemua bahan ini. Apabila bertukar keperangan, angkatlah dan kisar bersama sedikit air.

Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Apabila bancuhan telah sejuk, ratakanlah ke seluruh wajah. Biarkan seketika hingga kering, kemudian gosoklah lembut ke seluruh wajah.

Lakukan urutan perlahan-lahan dengan teknik gosokan secara membulat. Teruskan menyental wajah sehingga anda berpuas hati. Sental pada bahagian hidung dan kawasan berjerawat lebih lama. Biarkan seketika kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

Hasilnya kulit akan lebih cerah sejurus selesai, lembut dan masalah jerawat juga dapat diatasi.


No comments

Powered by Blogger.