Petua Jaga Dalaman Badan Wanita, Janji Suami Sayang Lebih! - Abang Terlajak Laris


Petua Jaga Dalaman Badan Wanita, Janji Suami Sayang Lebih!


Perempuan ni, bila dah masuk 3 series, kena amalkan sesuatu untuk kekal awet muda dan kekal bertenaga luaran dan dalaman. Tambah pula kalau lepas bersalin anak kedua atau ketiga, maklumlah aset wanita kena jaga lebih. 

Wajib jaga tau kalau nak suami sentiasa sayang. Bukan untuk orang lain, untuk suami dan untuk kesihatan diri sendiri juga.

Anda ada dua pilihan antara ambil suplement atau amal minum air rebusan tradisional.

Apa yang anda perlu:
1. Serai
2. Gula batu
3. Manjakani
4 .Cengkih
5. Halia
6. Pelaga
7. Kulit kayu manis

Cara Buat:
Direbus dengan air 2 gelas jadikan 1 gelas. Dan tunggu suam minum. Resepi ini untuk sihat secara alami dan paling penting bagus untuk kaum mak-mak. Minuman ini elok diminum 2 kali seminggu.

NOTA: Jangan minum hari-hari, ya!

Air rebusan ini sudah diamalkan oleh Puan Suzy Honey dan apa yang dia rasa ialah:-

1. Bagus untuk dalaman badan wanita.

2. Badan jadi ringan dan payah kena penyakit.

3. Bagus untuk turunkan kolestrol dlm badan.

4. Wangikan badan secara semula jadi.

5. Terlalu banyak khasiat, sebaiknya cuba insya Allah.

via: mingguanwanita

No comments

Powered by Blogger.