Petua Mudah Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Ubat - Abang Terlajak Laris


Petua Mudah Hilangkan Sakit Lutut Tanpa Ubat


Bila sakit lutut je mesti susah nak aktif macam biasa. Nak bersolat rasa sakit setiap kali nak bangun dan rukuk. Sakit lutut ini disebabkan sendi yang lusuh dan haus. Jom cuba petua semulajadi untuk hilangkan sakit lutut dengan menggunakan halia.

Halia ialah ubat yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan. Ini adalah disebabkan kehadiran sifat anti-radang di dalamnya.

Bahan - bahan :
- 1 ketul halia
- 1 cawan air
- Sedikit perahan jus lemon
- Sedikit madu

Cara-cara:
- Hancurkan 1 ketul halia
- Masukkan halia yang dihancurkan ke dalam 1 cawan air
- Masukkan 1 cawan air yang dicampur halia ke dalam periuk.
- Didihkan selama 10 minit
- Selepas 10 minit tapis air halia yang dididih tadi.
- Masukkan sedikit jus lemon ke dalam air halia.
- Pastu masukkan 1 camca teh madu ke dalam campuran air halia dan jus lemon.
- Kacau hingga sebati.
- Pastu boleh diminum. Boleh minum 2-3 cawan setiap hari sehingga sakit lutut hilang

Selamat mencuba. 

FB: Azliza Talib

No comments

Powered by Blogger.