Popia Ikan Bilis Rangup Dan Mudah - Abang Terlajak Laris


Popia Ikan Bilis Rangup Dan Mudah


Syawal bakal menjengah tak lama lagi, jom cuba resepi ni. Ianya dikongsi oleh Laila Fatiha yang cukup mudah untuk disediakan. 

Bahan-bahan

Kulit popia dipotong (saiz ikut cita rasa)
Ikan bilis dibasuh
Minyak untuk mengoreng
Tepung gandum

Cara membuat
Bancuh tepung gandum dalam 2 sudu  atau sehingga ikan bilis melekat pada kulit popia tersebut.
Kulit popia yang dipotong disusun dalam dulang. Celup belakang ikan bilis yang dibelah 2 ke dalam bancuhan tepung.
Tampal pada kulit popia. Biarkan seketika supaya  kulit popia tersebut menjadi keras.
Kemudian gorengkan kulit popia tersebut.

Tip masakan
Boleh ditabur dengan serbuk keju atau serbuk kari untuk menambahkan kesedapan pada kulit popia itu.
Elakkan membancuh tepung terlalu tebal. Lagi cair lagi baik.

Resipi Asal: Laila fatiha

No comments

Powered by Blogger.