Rambut Berkelemumur, Tumbuk Daun Ni Sapukan Pada Rambut - Abang Terlajak Laris


Rambut Berkelemumur, Tumbuk Daun Ni Sapukan Pada Rambut


Ada masalah kelemumur ni?

Korang cuba petua ni ya..

Tentu anda berasa tidak selesa apabila kulit kepala anda selalu merasa gatal. Pasti anda berasa malu kerana perlu kerap menggaru kepala di khayalak ramai. 

Lebih malang lagi bagi wanita bertudung, kelemumur menyebabkan kepala anda berbau hapak.

Caranya adalah, dengan menggunakan 10 helai daun pandan. 

Cuci daun pandan tersebut sehingga bersih dan tumbuk sehingga lumat. 

Kemudian campurkan dengan lebih kurang dua gelas air.

Gaul seketika agar pati daun pandan bercampur dengan air. 

Kemudian tapis air tersebut dan usaplah ke rambut anda yang bermasalah hingga ke kulit kepala. 

Biarkan seketika dan kemudian bilas dengan air.

Tu je. Senang kan?

No comments

Powered by Blogger.