Sebelum Beli Air Tebu, Tengok Tiga Perkara Ni Dulu Ya.. - Abang Terlajak Laris


Sebelum Beli Air Tebu, Tengok Tiga Perkara Ni Dulu Ya..

Bila bulan puasa, pilihan air minuman yang sering mendapat tumpuan di bazar Ramadan oleh pengunjung setianya adalah lain tidak bukan iaitu air tebu. 


Sebenarnya ada beberapa perkara perlu diperhatikan, ini penting agar air tebu yang dibeli bukan sahaja  asli, manis dan enak rasanya malah terjamin kebersihannya.

1. Lihat persekitaran, jika ada lebah itu menandakan air tebu tersebut manis. Jika langsung tiada lebah mungkin air tebu tersebut telah dicampur dengan air dan menjadikan ia tidak asli.

2. Perhatikan tebu yang masih belum dimesin tidak diletakkan di atas tanah. Sebaiknya ditempatkan di atas meja atau rak untuk pastikan kebersihan terjamin.

3. Pastikan tebu yang telah dikupas kulitnya tidak diletakkan di dalam baldi atau bekas berisi air. Perlu diingat batang tebu boleh menyerap air di dalam baldi tersebut dan ini akan menjadikan rasanya kurang enak dan tidak asli.

No comments

Powered by Blogger.