7 Larangan Suami Ketika Isteri Berpantang Untuk Elak Meroyan - Abang Terlajak Laris


7 Larangan Suami Ketika Isteri Berpantang Untuk Elak Meroyan


Sanggup ke anda nak tinggal dengan isteri yang mempunyai masalah gila meroyan gara-gara tiada penjagaan yang rapi semasa berpantang? Sudah tentu tidak! Jadi, sebagai seorang suami, peranan anda dalam membantu mencegah isteri dari penyakit gila meroyan adalah penting.

Jom kita perhatikan satu per satu larangan untuk suami ketika isteri berpantang untuk cegah meroyan.

1. Tidak memaksa isteri untuk berpantang di tempat dia tidak selesa
Ramai suami menggunakan kuasa 'veto' mereka untuk menyuruh isteri mereka berpantang di rumah mertua. Tiada masalah jika si isteri setuju, serasi dan selesa. Ketahuilahm momen berpantang ini adalah momen penting isteri anda. Jadi, biarlah isteri anda memilih dengan siapa mereka selesa untuk berpantang. Mungkin dengan ibu sendiri, ibu mertua, nenek, jiran dan siapa sahaja yang mereka rasa selesa.  Anda turuti sahaja asalkan tidak bercanggah dengan agama.

Nak menjaga hati orang lain juga? Itu anda suami pandai-pandailah handle ye.

2. Tidak menegur berat badan isteri yang tidak turun-turun
Setiap wanita itu berbeza-beza. Ada orang yang sejurus melahirkan, berat terus turun ke berat asal. Ada juga orang yang masih kelihatan seperti mengandung walaupun sudah melahirkan. Bagaimana pun keadaan isteri kita, maka janganlah kita terburu-buru dan meluahkan tentang berat si isteri. Trauma sakit bersalin pun tak hilang lagi, tenaga pun masih tak kembali, nyeri sakit pun masih terasa lagi, kita sudah memesan bagai untuk isteri supaya berat kembali ideal. Belajarlah hargai isteri anda yang telah banyak berkorban untuk melahirkan zuriat bersama.

3. Over ambil berat tentang anak, abaikan perasaan isteri
Ini berlaku kepada ayah-ayah muda lah terutamanya. Sayang sangat anak,maklumlah anak pertama, Asyik berkata anaknya tak cukup susu. Susu tak keluar. Disalahkan pula isteri, susu tak keluar. Dinasihatkan jangan stress. Dah memang susu di awal kelahiran adalah dalam bentuk colestrum, susu keluar sekadarnyalah. Disuruh si isteri menyusu dan menyusu lagi si anak tanpa tahu yang isteri masih dalam keadaan penat fizikal dan emosi lagi. Ayah-ayah please timba ilmu sikit ya! Jaga emosi isteri anda.

4. Isteri berjaga, suami tidur hingga ke siang
Bagi suami yang duduk bersama semasa isterinya dalam pantang, waktu-waktu malam selalunya menjadi masa kritikal sebab waktu itulah bayi anda baru belajar ingin menyesuaikan diri. Ada bayi yang tidur nyenyak siang, waktu malam pula berjaga berjam-jam. Berjaga sahaja tidak mengapa, tetapi berjaga merengek hendak berdukung sahaja memang jenuh juga. Sebagai suami, bantulah isteri anda, berjaga bersamanya. Ambillah tugas memujuk bayi, mendukung dan berilah peluang untuk isteri anda berehat. Isteri anda perlu mendapatkan rehat yang secukupnya untuk memastikan kesihatan fizikal dan emosinya segera pulih. 

5. Suami lepak di kedai mamak!
Pada fasa isteri sedang berpantang ini, kurangkan masa di luar tanpa keperluan dan kewajipan. Berhenti sebentar dan kurangkan aktiviti suka borak melepak di kedai mamak sambil tengok bola. Luangkan masa di rumah untuk membantu isteri mengurus bayi atau anak-anak yang lain, mengurus kekemasan dan kebersihan rumah jika isteri berpantang di rumah sendiri. Buktikan anda ini seorang suami dan ayah yang caring!

Jika isteri berpantang di kampung, keraplah untuk balik menjenguk isteri dan anak setiap hujung minggu. Jangan serahkan bulat-bulat penjagaan pada orang yang menjaga isteri tanpa mahu ambil tahu satu apa pun. 

6. Tidak boleh makan itu dan ini.
Suami pun dah menjadi persis nenek tukang urut yang memesan segala pantang-larang, tidak boleh makan ayamlah, tidak boleh minum air banyaklah. Kasihan isteri. Memang penting tempoh berpantang untuk kembalikan kesihatan isteri seperti sedia kala, tetapi tidak perlulah untuk kita sebagai suami untuk mengingatkan 10x sehari tentang itu dan ini. Biarkan isteri anda selesa dan gembira dalam tempoh berpantang. Lagi satu, berpantang pun mesti kena ada ilmu! Jangan turuti 100% pesan orang lama yang kadangkala boleh memudaratkan diri sang isteri. Yang baik kita ikut, yang pelik kita selidik, yang salah kita abaikan je.

7. Jangan Serabutkan Kepala Isteri Dengan Masalah
Cerita yang indah-indah sahaja pada isteri. Jangan serabutkan emosinya dengan masalah duit tak cukup, masalah bos marah, masalah cuti tak lulus, masalah tak jumpa lagi pengasuh. Banyakkan berbual dan berborak dengan isteri tentang perkara yang menggembirakan., Jika berjauhan, selalu lah calling calling dan whatapps bertanya khabar. 

Sumber: vitamindocket.com

No comments

Powered by Blogger.