7 Petua Bantu Ibu Alami Rambut Gugur Lepas Bersalin - Abang Terlajak Laris


7 Petua Bantu Ibu Alami Rambut Gugur Lepas Bersalin


Tentu ibu tertanya-tanya, adakah cara untuk mengatasi masalah ni kan? Atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan keguguran rambut.

Cara mengatasi rambut gugur selepas bersalin:

1. Potong rambut menjadi pendek. Rambut yang pendek dapat mengurangkan keguguran rambut serta mudah diurus.

2. Gunakan sikat rambut yang lembut dan bergigi jarang. Kemudian sikat rambut dengan lemah lembut untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak.

3. Elakkan menyikat rambut ketika rambut basah kerana ia akan menyebabkan rambut mudah tercabut.

4. Elakkan mewarnakan rambut, mengeriting, merawat rambut atau meletakkan pelembut rambut sehingga rambut kembali normal.

5. Tingkatkan pengambilan makanan atau vitamin tambahan yang tinggi protein, zink dan zat besi kerana vitamin ini membantu dalam pembentukan rambut dan kulit kepala yang sihat.

6. Amalkan pengambilan multivitamin untuk memastikan nutrien sampai ke bahagian rambut.

7. Minum air yang mencukupi untuk melembapkan kulit kepala dan mengelakkan kelemumur.

No comments

Powered by Blogger.