9 Tips Terbaik Untuk Anda Bebas Hutang - Abang Terlajak Laris


9 Tips Terbaik Untuk Anda Bebas Hutang


Biar apapun cara anda gunakan untuk melangsaikan hutang, pastikan anda memilih jalan terbaik untuk mengelakkan anda lebih terbeban dengan masalah hutang. Jadikan tips di bawah sebagai panduan untuk anda menyelesaikan hutang anda.

1. Beli secara tunai
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, beli dulu bayar kemudian atau skim bayaran mudah. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. jadi, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Biar kita bersabar dalam mengumpul wang untuk memiliki sesuatu untuk mengelakkan kita berhutang yang mana akan membebankan kewangan kita pada masa akan datang

2. Berbelanja ikut keperluan 
Gunakan pendapatan yang diperolehi untuk keperluan dan bukan kehendak semata-mata. Sebagai contoh sekiranya gaji anda sebulan RM 2,000. Bahagikan ia mengikut keperluan dahulu dan simpanlah sedikit untuk simpanan masa hadapan. Selepas itu barulah digunakan untuk perkara-perkara yang sepatutnya. 

3. Menabung
Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Mulakan tabiat menabung seawal yang mungkin. Biar kita menyimpan untuk masa hadapan dan kecemasan yang tidak terjangka.

Asingkan tabungan anda daripada akaun gaji anda. Anda boleh menabung di dalam Tabung Haji atau ASB, selain menabung anda juga akan mendapat bonus dan pendapatan di atas tabungan anda itu.

4. Buat duit sampingan
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim cepat kaya. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan bebas dari hutang. Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan.

Bagi anda yang memiliki kemahiran tertentu, gunakan kemahiran anda untuk mencari pendapatan sampingan. Bagi yang tidak mempunyai kemahiran, berusahalah untuk belajar dari orang yang sudah berjaya.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknologi masa kini untuk menambahkan pendapatan anda. Gunakan IT untuk memulakan bisness di FB, Instagram, blog dan sebagainya . Ini adalah cara yang mudah untuk memulakan bisness sebagai pendapatan sampingan

5. Bersedekah & Berzakat 
Berzakatlah kerana zakat itu menyucikan harta. Bersedekahlah kerana sesungguhnya sedekah tidak mengurangkan harta. Kedua-duanya amalan ini sangat diberkati.

6. Jangan berhutang lagi
Berilah tempoh bertenang untuk diri sendiri untuk menimbang baik dan buruk memulakan hutang yang baru.  Langsaikan semua hutang anda untuk mengelakkan masalah dalam kehidupan anda. Berfikir dahulu sebelum berhutang.

Buatlah kira-kira untuk melihat kemampuan anda sebelum berhutang. Berbaloikah anda menanggung bebanan hutang selama bertahun-tahun hanya untuk memiliki sesuatu yang bukan keperluan dalam hidup anda ?

7. Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dahulu
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya!

8. Buka dana “FULL-SETTLEMENT HUTANG”
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, tapi dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut.

Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan.

9. Simpan duit lebihan selepas selesai bayar hutang
Contohnya, bila dah bayar full-settlement loan lereta yang ansurannya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi.

Jangan sesekali anggap duit tu sebagai duit berjoli, apatah lagi untuk tukar kereta baru! Jauhkan pepatah biar papa asal bergaya dari kehidupan anda. Bersabarlah menabung untuk memiliki sesuatu yang diimpikan.

Biar lambat asalkan kita tidak berhutang. Tidak salah untuk kita berhutang namun pastikan kita mampu untuk melangsaikan hutang sebelum anda membuat keputusan untuk berhutang.

Sumber: LelakiSihat

No comments

Powered by Blogger.