Dah Bersuami, Nak Cantik & Mantap! Kena Minum 4 Air Rebusan Ni - Abang Terlajak Laris


Dah Bersuami, Nak Cantik & Mantap! Kena Minum 4 Air Rebusan Ni


Cantik sebenar seorang isteri juga terletak pada kemantapan dan kesihatan dalaman wanita itu. Bukankah cantik itu bermula dari dalaman dan akan terpancar di luarannya?

Jadi jangan terus abaikan penjagaan dalaman jika mahu benar-benar cantik di mata suami. 

Cuba ni.

1. Rebusan serai & halia

Bahan-Bahan :
3 batang serai
4cm halia

Cara-Cara:
Kedua-dua bahan ini perlu diketuk. Direbus dengan 3 gelas air dan dijadikan sehingga 1 gelas air. Minum ketika suam. Amalakan dalam seminggu 2 atau 3 kali.

Khasiat kesihatan:
Elok bagi yang sering letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi & sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan siang.

2. Rebusan sirih

Bahan-Bahan:
5 helai daun sirih

Cara-Cara:
Rebuskan daun sirih  dengan 3 gelas air sehingga menjadikan 1 gelas. Minum setelah suam.  

Khasiat kesihatan:
Hilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan. Amalkan setiap seminggu sekali.

3. Rebusan sirih & daun inai

Bahan-Bahan:
5 helai daun sirih
Segenggam daun inai

Cara-Cara:
Rebus daun inai dan daun sirih dengan  3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.

Khasiat kesihatan:
Sesuai bagi perempuan yang mengalami keputihan dan berbau. Elok diamalkan selepas bersih daripada haid.

4. Rebusan halia, serai, cengkih & kunyit

Bahan-Bahan:
3 batang serai-diketuk,
3cm halia-diketuk
2cm kunyit hidup-di ketuk
1 helai daun pandan
sedikit kulit kayu manis dan  bunga cengkih
sedikit Madu

Cara-Cara:
Rebus semua bahan di dalam peruk. Minum airnya ketika suam.

Khasiat kesihatan:
Mewangikan bahagian kewanitaan anda dan menyegarkan badan serta membuang toksid dan lemak dalam tubuh. Sebaiknya minum air rebusan ini sekali sebulan dan sebaik-baiknya selepas darah haid berhenti.

Sumber: Petuaibu via Keluarga.my

No comments

Powered by Blogger.