Dah Makan Ubat Selsema Tapi Masih Tak Baik? Cuba 4 Petua Ni - Abang Terlajak Laris


Dah Makan Ubat Selsema Tapi Masih Tak Baik? Cuba 4 Petua Ni


Dah makan ubat selsema pun tapi masih tak baik? Bagaimana cara dan tips mudah untuk mengatasi? Senang jer, tak perlu bersusah payah beli ubat, anda cuba 4 petua tradisional ni okay! Insyaallah, cepat baik! Jom baca kat bawah ni :

Korang calit sedikit kapur sirih dan titik 2 titik minyak kayu putih poda sehiris limau nipis. Kemudian, apa yang korang perlu lakukan adalah, panggang di atas api hingga panas, kemudian korang perah airnya. Minum sekali sehari okay!

Petua kedua sangat mudah, korang hanya perlu hidu bau halia yang telah dibersihkan.

Didih beras dan ambil secawan air didihan beras. Minum ketika ia suam. Nak cepat baik, amalkan hingga selsema korang baik.

Kalau selsema disebabkan cuaca yang tidak menentu, basahkan ubun kepala korang sebanyak beberapa kali ya. Selamat mencuba!

Sumber: CARI

No comments

Powered by Blogger.