DIY Masker Singkirkan Blackhead Pada Hidung Guna Susu & Serbuk Agar Agar - Abang Terlajak Laris


DIY Masker Singkirkan Blackhead Pada Hidung Guna Susu & Serbuk Agar Agar


Siapa yang gemar dengan kehadiran noda hitam atau blackhead pada wajah terutama bahagian hidung, kan. 

Menggunakan masker jenis peel off memang sangat berkesan untuk menghilangkan blackhead ini. Namun, tak perlulah rasanya nak membeli produk mahal di luar sana.

Bahan yang digunakan pula memang sudah sedia ada di dapur. Oleh itu, memang semestinya ia selamat digunakan! Jom cuba, pasti anda rasa sangat berpuas hati!

Bahan-bahan:
1. Susu segar
2. Serbuk gelatin (agar-agar)

Cara-caranya:
1. Campurkan kedua bahan dalam mangkuk.
2. Kemudian panaskan bancuhan itu dalam ketuhar gelombang mikro selama 5 saat.
3. Kacau bancuhan tersebut dan panaskan sekali lagi dalam ketuhar tersebut selama 5 saat. 
4. Kacau lagi bancuhan tersebut dan bila ia tidak terlalu panas, sapukan pada wajah atau hidung.
5. Biarkan ia selama 15 minit dan tanggalkan masker tersebut perlahan-lahan.
6. Lihatlah banyak blackhead melekat padanya kemudian cuci wajah anda dengan air bersih. 

Sumber: CARI 

No comments

Powered by Blogger.