Graduan Muda Paling Ramai Buat Silap 7 Perkara Urus Kewangan Ini - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Graduan Muda Paling Ramai Buat Silap 7 Perkara Urus Kewangan Ini



Tuan Amir Syahir ada kongsikan ilmu ni. Hadamkan betul-betul, lepas tu amalkan. In shaa Allah, kewangan korang boleh selamat.

Belanja dulu, baru simpan? – Punca kewangan anda takkan ke mana

Mulakan dengan menyimpan 10% daripada gaji bulanan, dan tingkatkan jumlah ni dari semasa ke semasa. Masa muda, ambil perlindungan Takaful siap-siap. Yang bawah RM100 pun ada. Mulakan melabur duit yang ada dekat instrumen yang diyakini.


Ramai kewangan tunggang-langgang sebab ada tabiat ini

Jangan berhutang terutama perkara yang tak perlu. Elakkan berhutang untuk membeli perabot dan perkakas elektrik. Simpan sikit-sikit, bila dah cukup duit baru beli.

Wajib buat paling grand. Baru best cerita dekat member

Jangan buat pinjaman peribadi untuk kenduri kahwin. Nak melangkah ke alam rumah tangga pun dah berhutang RM30,000 – RM50,000 dengan bank. Apa guna ‘Wedding Of The Year,’ tapi berhutang sampai bertahun-tahun tak habis-habis bayar?

iPhone – Gajet ‘wajib ada’ bila naik gaji?

Jangan ubah gaya hidup menjadi lebih hipster bila dah naik gaji. Korang tu. Bila dah naik gaji sikit, terus nak pakai IPhone. Padahal telefon lama masih elok lagi. Ingat, guna sampai habis. Pakai sampai rosak.

Apa kepakaran yang anda ada untuk buat ‘duit tepi’?

Cari pendapatan sampingan. Boleh tambah RM300 – RM500 setiap bulan, okay dah. Lepas la buat beli barang dapur atau pampers anak.

Jangan korang libatkan diri dengan benda ‘sesat’ ini

Jauhi skim cepat kaya. Jangan korang senang-senang percaya, kalau ada orang janjikan pulangan yang besar dengan modal yang kecil. Kalau dia dah jumpa cara, mesti dia ajak saudara mara dia je. Takkan dia nak ajak kau yang dia tak kenal. Simple.

Berpada-pada jadi baik. Takut kena ‘makan’ nanti

Jangan terlalu mudah bermurah hati nak jadi penjamin pembiayaan kepada adik-beradik dan kawan-kawan terdekat, sekiranya mereka tak mampu.

No comments

Powered by Blogger.