Ibu, Awasi 7 Perkara Bahaya Ini Daripada Bayi Anda Jika Berumur 6 Hingga 18 Bulan - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Ibu, Awasi 7 Perkara Bahaya Ini Daripada Bayi Anda Jika Berumur 6 Hingga 18 Bulan


Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa bayi berumur 6-18 bulan menghabiskan 30 minit sehari memasukkan pelbagai objek ke dalam mulut, menggigit, menghisap, dan meleleh air liur pada sebarang objek yang mereka dapat.

Setuju tak? Jadi anda kena awas dengan perkara perkara ini.

1. Beli bekas yang selamat untuk bayi untuk menyimpan barang-barang yang anda suka letak merata-rata seperti kunci, telefon pintar, duit syiling dan butang-butang. Jauhkan bekas tersebut dari kanak-kanak (letakkan lebih dari 1.75 meter daripada aras lantai).

2. Jangan lupa bahawa produk-produk beracun seperti bahan pencuci, peluntur dan bahan mencuci yang lain hendaklah disimpan jauh daripada kanak-kanak. Jangan lupa juga untuk melabelnya.

3. Periksa di bawah kerusi dan di antara kusyen, meja dan permaidani agar tidak terdapat bahan-bahan berbahaya dan pastikan anda kerap melakukannya.

4. Wayar dan kabel-kabel tambahan hendaklah dipasang di dinding dengan kemas, diikat dengan sempurna dan diletakkan jauh dari penglihatan kanak-kanak dan tidak boleh dicapai. Tutup soket elektrik dengan palam keselamatan atau penutup keselamatan yang tertutup rapat apabila soket tidak digunakan.

5. Kunci barang-barang tajam dan berbahaya yang biasa terdapat di dalam laci di ruang tamu atau kabinet dapur.

6. Kabel-kabel telefon sentiasa menjadi ancaman penjerutan, gunalah telefon tanpa wayar buat seketika. Langsir dan kain penutup juga boleh menjadi ancaman – anda hanya perlu mengikatnya cukup tinggi agar tidak dicapai oleh kanak-kanak.

7. Barang-barang yang berbahaya bagi bayi dan petatih: Duit syiling, butang, permainan dengan bahagian-bahagian kecil, permainan yang keseluruhannya boleh dimasukkan ke dalam mulut bayi, guli, belon, pengikat rambut kecil, gelang getah, pen atau penutup marker, bateri kecil jenis butang, magnet peti ais dan ketulan makanan haiwan.

Sumber: mypositiveparenting.org

No comments

Powered by Blogger.