Khasiat Luar Biasa Gabungan Lada Hitam & Kunyit - Abang Terlajak Laris


Khasiat Luar Biasa Gabungan Lada Hitam & Kunyit


Lada hitam mampu menurunkan berat badan, mencantikkan kulit, malah melawan kanser. Manakala, kunyit diketahui bersifat anti-radang yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik.

Menerusi The Health Site, berikut merupakan sebab mengapa kunyit harus dicampurkan bersama lada hitam:

1. Melindungi saraf dari racun
Kandungan cucurmin polifenol dalam kunyit dikatakan mampu melindungi saraf sehingga mengurangkan stres. Malah, fungsi kunyit dipertingkatkan dengan ada lada hitam untuk melindungi saraf daripada racun. 

2. Mencegah pembentukan batu hempedu
Campuran kunyit dan lada hitam dapat mencegah penghasilan batu hempedu.  Ia lazimnya terjadi akibat pembentukan lemak. 

3. Mengelakkan osteoporosis
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Endodontics menunjukkan campuran kunyit dan lada hitam dapat menghalang pembentukan osteoklas yang menjadi punca osteoporosis. 

Sumber: CARI 

No comments

Powered by Blogger.