Masker Skrub 2 Dalam 1, Buang Jeragat & Kulit Kusam - Abang Terlajak Laris


Masker Skrub 2 Dalam 1, Buang Jeragat & Kulit Kusam


Petua ini hanya sesuai untuk kulit muka jenis normal. Kulit sensitif sila elakkan guna soda bikarbonat.

Masker Skrub 2 In 1 yang dikongsikan oleh Cik Puan Awatif Osman ini bantu buang jauh-jauh kulit kusam. Yang pasti ia juga menjimatkan kerana cuma guna dua bahan dapur anda saja.

Bahan-bahan

● 2 biji comel limau nipis@ limau kasturi atau 1 biji yang sederhana.

● 1 sudu besar soda bikarbonat.

Cara caranya 

1. Potong limau nipis secara melintang. Ni PETUA mak mak kita, kan? Katanya air limau akan keluar banyak.

2. Picit limau pada soda bikarbonat.

3. Haaa. Terkejut ya? Normal. Bagi ia dan kita masa untuk bertenang ye.

4. Gaul sekata hingga boleh rasa tepek di muka.

Cara Pakai

Dah okay? Boleh tonyoh pada muka untuk buat scrub. Tonyoh lembut-lembut je. Baru lah ayu dan kewanitaan gitteww. Atau tepek kat muka jadikan sebagai masker sambil tengok drama.

Takperlu gosok lama. Sekadar untuk scrub sekejap dah okayy.

Jangan simpan untuk esok ya. Habiskan je. Kalau tak sengaja terrbanyak, hulur kat jiran tetingkap. Barulah hubungan #TillJannah. ❤

Syarat Pakai Masker Alami

* Kulit Jenis Kering: Pilih masker madu, minyak zaitun, oatmeal.

* Kulit Berminyak: Pilih masker lumpur, pisang, madu, putih telur, tomato, lidah buaya dan strawberi.

* Sebaiknya pakai 2-3 kali seminggu sudah memadai. Tak perlu pakai setiap hari.

* Masker jenis skrub pula sebaiknya pakai seminggu sekali saja.

* Tunggu sampai masker kering dalam 30 minit, jangan tersenyum atau ketawa mahupun menggerakkan otot wajah.

* Semasa mencuci wajah, gerakkan jari dalam gerakan memutar.

* Hati-hati semasa memasaki masker, jangan sampai kena bahagian mata.

Sumber/Foto: Awatif Osman

No comments

Powered by Blogger.