Menderita Ekzema? Cubalah Amalkan Sayur Asparagus - Abang Terlajak Laris


Menderita Ekzema? Cubalah Amalkan Sayur Asparagus


Maurice Messegue, seorang pengamal ubat-ubatan herba yang terkenal di Perancis menggunakan jus asparagus sebagai rawatan yang berkesan untuk merawat gangguan renal. Asparagus mengandungi sejenis bahan disebut ‘asparajin’ yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik.

Untuk pengetahuan anda,  jus asparagus yang mengandungi garam galian yang tinggi juga merupakan penawar paling mujarab untuk mengatasi penyakit kulit seperti ekzema dan ruam, menjadikan darah lebih bersifat beralkali.

Lepas ni, jom cari asparagus dan buang toksin dalam badan!

Berikut 3 teknik memasak asparagus yang boleh anda cuba:

1. Rebus sebentar
Panaskan air dan campur dengan dua sudu besar garam di dalam periuk. Masukkan ke dalam air dan biarkan selama 2-3 minit. Jika sudah sedikit lembut, angkat dan letakkan ke dalam bekas berisi air berais untuk mematikan proses memasaknya.

2. Kukus
Panaskan air dalam pengukus dan kukus sehingga 5-7 minit sehingga warnanya bertukar hijau cerah dan sedikit lembut.

3. Menumis
Potong asparagus mengikut citarasa anda. Kemudian panaskan minyak zaitun dalam kuali (sedikit saja) dan masukkan sedikit bawang putih ke dalamnya. Biarkan selama 3-6 minit dan bolehlah dicampurkan dengan sayuran lain sebelum diperasakan.

No comments

Powered by Blogger.