Nak Kulit Wajah Halus Mulus Dalam 7 Hari? Cuba 4 Tips Ni - Abang Terlajak Laris


Nak Kulit Wajah Halus Mulus Dalam 7 Hari? Cuba 4 Tips Ni


Tertarik dengan kulit wajah mulus, segar dan bebas kusam bak selebriti popular? 

Tip ini mempunyai kesan luar biasa pada kulit. Malah dengan rutin yang konsisten, anda boleh melihat hasilnya sepantas 7 hari.

Tidur Pada Waktu Yang Sama Setiap Malam
Tahukah anda, hormon kecantikan dirembes pada waktu malam iaitu sekitar jam 10pm - 2am? Hormon inilah yang penting untuk memperbaiki serta meregenerasi sel kulit. Sebab itu anda mesti tidur tepat pada waktunya. Contoh jam 9.30pm.

Makan Banyak Sayuran, Kurangkan Karbohidrat
Selain baik untuk berat badan, pengambilan sayuran juga baik untuk kesihatan kulit. Kulit yang dibekalkan vitamin secukupnya akan memancarkan keserian dari dalam. Cuba kurangkan juga makanan karbohidrat dalam tempoh ini.

Tanggalkan Mekap Dengan Sempurna
Pulang dari kerja atau acara malam dengan wajah bermekap tebal, jangan lupa membersihkannya dengan sempurna. Hilangkan terus semua sisa bedak dan jangan pernah tidur dengan solekan yang masih menempel pada kulit. Kalau dibiasakan, mungkin sisa mekap, peluh dan kotoran akan mendorong kulit kusam, jerawat dan gejala penuaan pra-matang.

Berendam Dengan Air Hangat
Suhu hangat (bukan panas) mampu mengembalikan kelembapan kulit, mengatasi kulit kering atau pecah-pecah. Hawa yang terhasil akan membuka liang pori-pori agar kotoran yang tersumbat dapat diangkat dengan baik. Kemudian selesai berendam, bilas mandian dengan air dingin untuk menutup semula pori-pori yang terbuka.

Sumber: Nona

No comments

Powered by Blogger.