Nak Kulit Wajah Jadi Cantik, Cerah & Licin Guna Ais Kiub Tomato - Abang Terlajak Laris


Nak Kulit Wajah Jadi Cantik, Cerah & Licin Guna Ais Kiub Tomato


Perkongsian amalan ni dilakukan oleh Nurul Balqis ni, guna  buah tomato je untuk cantikkan kulit wajahnya. Berikut merupakan perkongsian beliau:

Banyak kebaikan ais kiub tomato antaranya:

1. Jerawat dekat muka Qis satu hari je dah kecut.

2. Gelap bawah mata pon dah berkurang.

3. Kulit Qis still glowing walau tanpa make up.

4. Bukan sahaja glowing, malah kulit muka jadi tegang. (Ais kiub dapat cegah kedutan).

5. Kulit jadi licin dan dapat mencerahkan kulit secara semula jadi tanpa bahan merkuri. Lagi selamat.

6. Rawatan kiub ais ni memang diakui boleh menambahkan keserian wajah.

Bahan-Bahan:
2 biji buah tomato
Mesin pengisar
Bekas kiub ais


Cara Membuat:

1. Sediakan beberapa biji tomato dan potong menjadi saiz kecil-kecil seperti dalam gambar.

2. Seterusnya, masukkan tomato yang dipotong kecil tadi ke dalam mesin pengisar. Tak payah tambah air, sebab tomato akan keluarkan jusnya yang mempunyai seribu kebaikan untuk kulit.

3. Kisar sampai hancur dan halus.

4. Kemudian, masukkan tomato yang dikisar tadi ke dalam bekas ais kiub dan bekukan.

5. Skin icing tomato (gosok) tadi pada seluruh muka, biarkan sebentar sampai ia kering. Kemudian bilas dengan air biasa dan lap muka.

Rasai keajaibannya. Selamat Mencuba!

Sumber: Nurul Balqis via Mingguan Wanita

No comments

Powered by Blogger.