Nak Kulit Wajah Putih Gebus? Jom cuba Buat Masker Ni - Abang Terlajak Laris


Nak Kulit Wajah Putih Gebus? Jom cuba Buat Masker Ni


Bahan bahannya
Beras pulut - 4 sudu besar
Rose Bud - 2 sudu besar
Susu tepung - 1 sudu besar
Air mawar / Facemist Bunga Kampung Suzy Honey

Cara caranya
Blend kering semua satu persatu. Blend sampai jadi halus.


Kite bancuh ketiga tiga bahan tersebut. Bancuh ikut keperluan.


Pastu baru campurkan air mawar. Agak agak tahap kepekatan tu. Janji senang nak sapu.
Sapu pada seluruh wajah, boleh juga digunakan pada seluruh badan. Sekurang-kurangnya 30 minit.
Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulur dahulu sebentar. Siap. 1st time buat pun dah rasa best kulit.
Tambah tambah pakai masker berjemaah dengan adik boy + gurl Jen. Meriah tau...😁

Khasiat masker rose + beras pulut
🏡 Putih gebu
🏡 Glowingkan kulit
🏡 Awet muda
🏡 Hilangkan parut 
🏡 Haluskan kulit

Rose bud mengandungi 2 kali vitamin C berbanding buah oren . 
Susu tepung pula bagi effect cerah dan melembab .
Lakukan rawatan 2/3 kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.

Sumber: Siti Zainab

No comments

Powered by Blogger.