Petua Bila Bayi Anda Kena Ketumbit Untuk Merawatnya - Abang Terlajak Laris


Petua Bila Bayi Anda Kena Ketumbit Untuk Merawatnya


Selain membawa anak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan ada juga beberapa petua tradisional yang boleh dicuba jika bayi anda terkena masalah ketumbit. Seorang bapa, Encik Jamar Bahar berkongsi di laman blognya beberapa petua yang diperoleh daripada orang ramai ketika bayi lelakinya yang berusia 11 bulan terkna ketumbit.

1. Ambil bawang putih, dan tenyeh-tenyeh di mata tu.

2. Ambil daun belimbing buluh, ditumbuk halus.Letak di sekeliling kelopak mata yang dijangkiti ketumbit tu. Ulang beberapa kali.

3. Tuam dengan air suam menggunakan kain yang bersih.

4. Tuam di mata ketumbit menggunakan sudu panas yang direndam dalam air panas.

5. Sebelum dia membesar, maksudnya masa dia masih lagi kecil (baru nak jadi), ambil hujung kain pelikat atau kain batik, gergajikan ketumbit tu agar segera pecah.

6. Pancut dengan air susu ibu.

7. Cuci bahagian dalam mata dengan air suam/sabun baby yang tak pedihkan mata.

Sebelum aku amalkan tips-tips tu semua, aku ada bawa baby Danish berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak. Risau takut ada jangkitan kuman lain. Alhamdulillah, doktor cakap ketumbit jenis ni tak berbahaya. Kemungkinan ada ‘blockage’ di kelenjar bulu mata.

Doktor ada berikan ubat titik Fusithalmic 5g. Satu titik ke dalam mata untuk 2 kali sehari.

Nak dapatkan titikkan yang betul-betul masuk dalam mata, bukan kerja senang ok.Terpaksa ‘bergelut’ dengan Danish yang makin bijak tutup mata dan elak daripada terkena titikan.

Selepas 4 kali titik (2 hari), ketumbit pecah dengan sendiri.

Sumber: jmr23.com

No comments

Powered by Blogger.