Resepi Air Jamu 'Cuci Rahim' - Abang Terlajak Laris


Resepi Air Jamu 'Cuci Rahim'


Air jamu ini yang sangat bagus untuk cucikan rahim selepas habis haid bagi mencegah lebihan darah haid yang kotor dan tersumbat.

Minuman ni tak perlu pon untuk korang beli sebab korang boleh jer buat sendiri dekat rumah. Cukup mudah, bahan yang murah dan jimat hanya dari dapur jer yang tak dapat nak dipertikaikan sehingga turun temurun kerana kebersanannya sangat power.

Selain itu khasiat yang tersembunyi air jamu cuci rahim ni adalah,

1. Dapat membuang angin dalam badan.
2. Dapat memecahkan lemak diperut.
3. Mengurangkan masalah bau badan.

Bahan-Bahan: 
1. 2inci kunyit hidup dihiris atau ditumbuk.
2. 2inci halia dihiris atau ditumbuk.
3. 2batang serai dihiris atau ditumbuk. 
4. 2helai daun pandan
5. Gula batu atau madu. 
6. 3 cawan air putih.

Tips 1: 
Jika yang dah berkahwin boleh tambahkan 2biji manjakani untuk merapatkan faraj (Tidak sesuai untuk yang belom berkahwin)

Tips 2: 
Bagi yang ada masalah keputihan boleh ditambah 2helai daun sireh.

Cara-caranya : 
Basuh semua bahan-bahan dan terpulang pada korang nak hiris atau tumbuk. Jika nak rasa lagi power sila tumbuk yea. 

Seterusnya masukkan 3cawan air ke dalam periuk dan masukkan semua bahan-bahan.

Rebus sehingga menjadi 1cawan air. Korang sila agak-agak lah yea. Dah siap, tutup api dan tunggu sehingga suam boleh terus minum!

P/S: Cukup hanya sebulan sekali sahaja minum air jamu ini. Janganlah risau tak pahit tau wangi adalah bau dia. Hehe.

Cuma jika ditambah dengan manjakani akan rasa sedikit pahit tapi tidak lah terlalu pahit sangat.. ngam ngam jer rasa dia.

Petua oleh: Mira Baharin

No comments

Powered by Blogger.