Teknik 'Ramas' Dan 'Perah' Pampers Buat Bayi Selesa & Nyenyak Tidur - Abang Terlajak Laris


Teknik 'Ramas' Dan 'Perah' Pampers Buat Bayi Selesa & Nyenyak Tidur


Perkongsian ini daripada Dr. Taufiq Razif untuk mereka yang ada anak kecil.

"Sayang, ni caranya nak bagi baby kita selesa"

Ni la teknik 'ramas' dan 'perah' pampers yang isteri saya ajar. Memang ajaib pun teknik ni. Anak nampak lebih nyenyak tidurnya. Siap berdengkur lagi!

Permukaan pampers kan kadang-kadang agak keras. Kalau kena dengan baby yang kulitnya jenis sensitif memang boleh iritasi kulit si comel kita. Pedih tu!

Tu la kenapa kita 'perah' dan 'ramas' pampers ni dulu sebelum pakaikan kat anak kita supaya permukaan pampers tu jadi lebih lembut bila bersentuhan dengan kulit si comel kita. Jangan risau, pampers takkan bocor pun kalau buat camni.

p/s : Apa lagi, tag la pasangan masing-masing. Bab keselesaan baby ni jangan buat main-main. Jangan sampai tidur si comel kita terganggu sebab dengan tidur tu la anak kita berkembang dan membesar dengan lebih sempurna.

Dah pakaikan pampers tu jangan lupa bersihkan cepat cepat kencing berak anak anak kita ya.

Ada banyak kes jangkitan saluran kencing (urinary tract infection) terutamanya pad bayi perempuan sebab mak ayah lupa nak bersihkan dan cebok anak-anak. Jangan tunggu bocor baru tukar pampers ye.

Kesian anak anak. Jangkitan pada saluran kencing boleh naik sampai ke buah pinggang tau.

No comments

Powered by Blogger.