10 ​Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Bercinta Dengan Suami Orang - Abang Terlajak Laris


10 ​Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Bercinta Dengan Suami Orang


Tengok tajuk pun dah tahu ‘perkara’ tu merujuk something yang tak baik kan?

Bila bercakap pasal bercinta dengan suami orang, atau mencintai suami orang, persepsi negatif di kalangan masyarakat kita membuak-buak macam gunung berapi yang baru meletus.

Kesannya melibatkan banyak perkara terutamanya hati dan perasaan.

1. Masa Bersama Si Dia Terbatas
Tengah syok makan kat restoran siap candle light dinner lagi tiba-tiba isteri si dia telefon suruh balik. Nak tak nak anda terpaksa akur sebab andalah yang mencuri masanya. Sepatutnya time-time macam ni si dia meluangkan masa dengan isterinya bukan dengan anda. 

Bukan setakat itu sahaja, bila anda keluar shopping beli kasut, tengok wayang dan sebagainya anda sering di tinggalkan saat akhir kerana sebagai suami orang tanggungjawabnya lebih berbanding single.

2. Perlu Berhati-Hati Ketika Keluar
Part ni paling susah dan leceh! Bila berhubung secara rahsia inilah masalah utama. Anda dan pasangan nak berjalan kat taman petang-petang pun rasa diperhatikan. Anda mungkin rasa biasa tapi kekasih yang rasa lebih-lebih sebab takut kantoi yang dia curang. 

Si dia juga akan mengelak tempat-tempat yang isterinya selalu pergi supaya tak bertembung. Cukup bulan si dia boleh jadi paranoid dan takut dengan dengan isteri sendiri walau satu rumah!

3. Sering Memberi Arahan
Boyfriend anda selalu bagi arahan untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh isterinya. Sebagai contoh anda hanya boleh call si dia selepas jam 12 malam sewaktu isteri dan anak-anaknya dah tidur.

Anda tak boleh sesuka hati pergi ke rumah dan pejabat dia. Anda juga dilarang untuk berteman rapat dengan rakan-rakannya bimbang rahsianya diketahui.

4. Rasa Tak Selamat
Bercinta dan jatuh hati dengan suami orang risikonya tinggi. Kalau isteri kekasih anda dapat tahu, silap-silap anda boleh masuk hospital kena belasah.

Lagi power kalau dia bawak geng! Jangan main-main dengan isteri yang di rampas suaminya, hilang emas pun tak mengamuk macam tu.

Lebih parah, kalau isterinya hantar sihir kat anda, tiap hari boleh muntah darah tau.

5. Makan Hati
Apa boleh buat, nak juga suami orang kena lah berkongsi kasih. Sebelum ni sedap makan jantung pisang masak lemak, sekarang makan hati sendiri.

Hah tu maknanya anda terpaksa memendam rasa kerana di duakan oleh si dia. Anda tahu cemburu, bagaimana pula dengan isterinya yang mempunyai ikatan sah kalau dia dapat tahu?

Cemburunya tentu lebih hebat.

6. Sering Menerima Alasan
Anda sering menerima pelbagai alasan darinya saban hari. Si dia perlu menjaga hati anda dan juga isterinya.

Natijahnya, dia bagi alasan tak dapat keluar dengan anda hujung minggu ini kerana outstation tapi sebaliknya dia pulang ke kampung isterinya.

Dia juga bagi alasan penat bekerja jika anda mesej tetapi sebenarnya dia tak balas sebab isterinya ada di sebelah.

7. Di Pandang Negatif
Jika hubungan anda di uji dengan si dia, persepsi masyarakat adalah ujian sebenar.

Bayangkan jika anda mempunyai masalah dengan boyfriend anda dan luahkannya pada kawan, anda akan di persalahkan kembali kerana andalah punca kepada masalah itu.

Belum lagi dengan keluarga, tak semua boleh terima kalau dapat tahu salah seorang dari ahli keluarga mereka jalinkan hubungan dengan suami orang tanpa pengetahuan isterinya.

Masyarakat tak payah cakap, lagi hebat mengutuk.

8. Rasa Bersalah
Hati anda rasa tak tenteram. Lagi anda teruskan hubungan itu lagi anda rasa bersalah.

Anda cintakan dia tetapi bagaimana dengan perasaan isterinya? Anda tersepit dalam situasi yang sukar.

Apabila cinta di pertaruhkan sesetengah orang sanggup bina kebahagiaan diri sendiri atas derita orang lain.

9. Cenderung Untuk Ditinggalkan
Anda perlu ingat bahawa boyfriend anda mungkin hanya gunakan anda untuk melupakan masalahnya dengan keluarga.

Bila bosan si dia akan jumpa anda. Bila sedih si dia akan meluahkan masalahnya. Tapi bila si dia tak perlukan anda, dia bahagia dengan keluarganya, anda tak dilayannya.

Sebenarnya dia tak berniat pun nak jadikan anda sebagai isterinya. Kalau dia pernah berjanji berkahwin dengan anda sekalipun, tindakannya tak menggambarkan percakapannya.

10. Suami Akan Menipu Isterinya
Biasalah dah nama pun curang, penipuan dah jadi makanan. Dia perlu menipu isterinya untuk luangkan masa lebih untuk anda.

Dia perlu ciptakan alasan untuk keluar dengan anda malam-malam. Menipu adalah perkara yang sukar dan perlu bekerja keras untuk bagi isterinya percaya.

Jika dia boleh tipu isterinya, maka dengan anda lagilah!

11. Menyumbang Kepada Keruntuhan Rumah Tangga
Bagi para isteri, suami yang curang adalah mimpi terburuk dalam institusi rumah tangga. Tidak ada isteri yang boleh terima tingkah laku si suami yang dulu bermatian untuk dapatkannya tetapi akhirnya dibiarkan hancur begitu sahaja.

Andalah puncanya! Anda perlu ingat, lelaki sememangnya akan ambil kesempatan jika anda memberi peluang. Itulah kelemahannya yang terbesar!

12. Menggalakkan Suami Lari Dari Tanggungjawab
Kalau dahulu, si suami luangkan banyak masanya dengan isteri dan anak-anak. Kini masanya diberikan pada anda.

Anak-anak terabai dari mendapat didikan sempurna. Masalah kewangan mula memberi kesan dan membuatkan suami tak memberi nafkah kepada keluarga kerana banyak berbelanja untuk anda.

Si dia pun tidak lagi berminat untuk bermesra dengan isteri kerana asyik teringatkan anda.

13. Bahagia Sukar Dikecapi
Menjadi orang ketiga dalam hubungan orang lain sememangnya perlukan usaha keras dan berterusan untuk dapatkan kebahagian.

Anda perlu berperang sana sini sebelum anda dapat apa yang anda nak. Tetapi itu bukan persoalannya.

Anda perlu tanya diri anda adakah anda bahagia merampas hak orang lain? Adakah anda boleh berpura-pura seperti tidak ada apa-apa berlaku jika anda jumpa isteri pertama, kalau anda berkahwin dengan suaminya?

2 comments:

  1. Harap-harap perkara macam ni dijauhkan lah daripada kehidupan seharian..

    ReplyDelete
  2. Senang cerita baik tak payah bercinta ngan suami orang :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.