10 Tabiat Buruk Ibu Bapa yang Patut Dihentikan - Abang Terlajak Laris


10 Tabiat Buruk Ibu Bapa yang Patut Dihentikan


Terdapat beberapa tabiat buruk yang harus anda pertimbangkan untuk dihentikan – lebih-lebih lagi setelah menjadi ibu bapa. Hidup ini hanya sementara. Perbaikilah mana yang mampu demi kesejahteraan hubungan anda dengan anak-anak. InshaAllah.

1. Janganlah menghakimi ibu bapa lain. Setiap individu mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam mendidik anak mereka.

2. Kadang kala hinggakan menjadi satu tabiat menyalahkan diri sendiri. Mulai saat ini, fikir dua tiga kali setiap kali mahu bercakap perkara negatif tentang diri sendiri – lebih-lebih lagi apabila anak anda ada berdekatan. Ketahuilah, anak-anak kita memandang tinggi pada kita. Cuba letakkan diri anda di tempat mereka.

3. Daripada bermain candy crush, upload gambar di instagram ataupun check-in lokasi di facebook, cuba letakkan gadjet anda sebentar dan nikmati momen tersebut sepuas-puasnya.

4. Berkata buruk tentang orang yang anak-anak sayangi.

5. Cuba untuk mengawal semua perkara. Anak anda sedikit ruang untuk membuat kesilapan, agar membantu beliau membuat keputusan di masa hadapan.

6. Bergambar dan berkongsi di media sosial biarlah berpada. Sekali lagi, hidup ini sementara. Kita tidak pasti bila kali terakhir dapat menikmatinya.

7. Letakkan limit untuk setiap permintaan dan pemberian pada anak.

8. Janganlah mementingkan diri sendiri. Beri peluang untuk anak anda merasai pengalaman baru.

9. Bak kata pepatah, “memimpin melalui teladan”. Kata-kata, nasihat pada anak-anak dan menghantar mereka ke sekolah agama  tidak cukup, selagi kita sendiri tidak mengamalkannya.

10. Buangkan rasa ego atau malu dan luahkan perasaan sayang anda pada anak-anak.

No comments

Powered by Blogger.