Ada Masalah Gout? Cuba Amalkan Jus Ni - Abang Terlajak Laris


Ada Masalah Gout? Cuba Amalkan Jus Ni


Petua ini dikongsikan oleh Cik Mil Neena‎

Hari ni saya nak share satu petua bagi siapa yang ada gout. Alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout.

Macam macam petua tradisional dah cuba tapi tak jalan, last tpaksa la makan ubat farmasi.. allupurinol untuk turunkan paras asid urik. Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang tak boleh berpisah dengan dua jenis ubat ni kan!

Bahan bahan dia mudah saja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan Inshaallah boleh diminum sebab bau dia wangi saja (tak lekat bau dalam mulut bila minum) dan tak pahit. 

Bahan-bahan:

1 biji timun 
2 batang saderi
3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit 

Cara-cara:

Saya masukn semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada rm179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air.

Atau bagi yang nak guna mesin pengisar.. tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.

Saya dapat dua gelas jus.

Minum 2 kali sehari ya.

Satu gelas selepas bangun tidur (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tidur. (malam)

Tips kalau malas macam saya sebab nak kena basuh bekas bekas jus jadi buat jus untuk dua hari siap siap. Maknanya gandakan bahan diatas kemudian masukn dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus bila nak minum tu seimbang.

Inshallah semoga berkesan untuk anda juga.

Kesan dalam masa sebulan ni. Makan udang dekat 1kg. Suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lagi dan rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu.

Kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun.Berat dia pun turun 2 kg mungkin sebab amalkan waktu pagi perut kosong dan malam sebelum tido kot jadi jus tu cuci habis dalaman dia.

Cubalah saya halalkan untuk anda kongsi dan sama sama amalkan.

Setiap penyakit ada penawarnya . Kita cuma berusaha.

Bagi yang tiada gout. Jaga makan. Jangan terlalu obses dengan makanan laut macam suami saya, makan berpada pada ya. 

No comments

Powered by Blogger.