'Aliff, Anak Abah' Bagaimana Saya Menjaga Emosi Anak Angkat Saya - Abang Terlajak Laris


'Aliff, Anak Abah' Bagaimana Saya Menjaga Emosi Anak Angkat Saya


Sebagai mana anda tahu, Saya dah mengambil seorang anak angkat bulan lepas. Alhamdullilah, hidup bertambah tambah ceria dan bahagia. 

Namanya juga Aliff sama seperti nama saya. Kebetulan kan? Ramai orang bercakap saya tinggalkan anak angkat saya semasa saya ke luar negara 2 minggu lepas. Sebenarnya bukan saya saja nak tinggalkan Ok! 

Itu sebab ada masalah pada bahagian pasport. Kalau anda pernah ambil anak angkat anda akan tahu lah bagaimana ketatnya prosedur tersebut.

Sama tak muka Aliff dah abahnya ni?

Bila anak angkat tinggal bersama kita, kita sebagai ibubapa haruslah memberikan kasih sayang yang sama dengan anak kita supaya dia tidak rasa tersisih.

Jadi kita kena memahami rentak dan perangainya dulu. Betul tak?

Setakat ni Aliff sangat serasi dengan anak anak saya, Amar, Qadejah dan Baim. 

Selera betul Aliff ni.
Saya nak kongsikan juga dengan anda sekiranya anda juga ingin mengambil anak angkat daripada pembacaan saya.

Pertamanya ialah;

Memberikan kasih sayang pada anak angkat anda sama seperti anak kandung sendiri. Latar belakangnya kita tak tahu dan menjadi lebih sensitif, anda kena peka dan banyak bersabar.

Keduanya;

Tidak memanjakannya secara berlebihan. Tidak memberikan semua benda yang diminta anak. 

Makan bersama.
Ketiganya; 

Hindari sikap terlalu mengatur pada anak. Sama seperti orang dewasa ataupun semua orang dalam konteks apapun, anak juga mahu pendapatnya dihargai, dengar juga luahan hatinya.

Kempatnya;

Tetap marah, sekiranya perlu. Jangan back-up. Jadikan dia sama seperti anak kita sendiri.

Kelimanya;

Ceritakan siapa orang tua kandungnya, asal usulnya, kenapa anda mengambilnya. Anda tidak perlu risau dia akan meninggalkan anda, atau rasa sayangnya kepada anda jadi berkurang. Mungkin pada mulanya dia akan terkejut tetapi percayalah anak angkat anda akan merasakan ketulusan hati anda. 

Ini sajalah 5 perkara saya nak kongsikan dengan anda. Semoga bermanfaat.

1 comment:

  1. Dato ni mesti penyayang kan. Tapi kalau tak keberatan kenapa ye Dato ambik anak angkat yg dah besar. Bukan apa, kebarangkalian dia nak balik pada ibu ayah dia medti tinggikan....Cari org susahlah Dato.

    Mintak Datin beranak lagilah Dato... jaga baby lagi bedt hihi...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.