Menu Raya Haji, Air Asam Perut Lembu Muda Kelantan - Abang Terlajak Laris


Menu Raya Haji, Air Asam Perut Lembu Muda Kelantan


Biasanya popular di hari raya korban, ada sesetengah orang tak makan perut lembu sebab geli. Berbeza dengan orang Kelantan.  Makanan ini sangat tinggi  demand nya pada hari tersebut. Kalau nak rasa cubalah. Tapi makan ni tak sesuai untuk orang yang diet, sebab banyak lemak.

Bahan-bahannya
1. 1 kg usus lembu - perut muda/perut kitab dibersihkan hingga putih (direbus empuk)
2. 2 labu bawang besar dihiris
3. 10 biji cili padi ikut suka (dihiris)
4. 2 biji limau nipis, garam, gula dan perasa
5. 1/2 keping belacan. (pilihan)

Cara-caranya
1. Masak perut lembu tadi hingga empuk, dipotong kecil (seinci)

2. Masukkan semua bahan hirisan  ke dalam air rebusan perut lembu dan gaul rata
perah dengan jus limau.

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.