Buat Sendiri Masker Ubi Kentang, Kulit Jadi Halus, Cerah dan Glowing - Abang Terlajak Laris


Buat Sendiri Masker Ubi Kentang, Kulit Jadi Halus, Cerah dan Glowing


Walaupun penat orang perempuan kena cantik tau. Bukan untuk suami je tapi diri sendiri. Bagi yang mampu, bolehlah manjakan diri di spa. Tapi bagi yang nak berjimat, jom cuba masker kentang ni. Memang kulit akan jadi halus, cerah dan glowing. 

Hilang masalah kulit kusam dan mata panda. Korang cuba tau, mesti seronok tengok perubahan yang best pada kulit.

Bahan-bahan:
2 biji kentang
Sedikit tepung jagung/ tepung ubi

Cara membuat:
1. Rebus kentang sehingga lembut.
2. Kemudian sagat kentang.
3. Campurkan kentang yang disagat bersama tepung jagung.
4. Gaul sebati, jadikan masker harian.
5. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biar selama 20 minit.
6. Selepas itu, bilas dengan air bersih

Tip Mujarab
Jika mahukan hasil yang terbaik lakukan setiap malam.

1. Cerahkan kulit
2. Haluskan kulit
3. Boleh atasi sunburn
4. Kurangkan kedutan pada wajah
5. Atasi masalah kulit kusam
6. Kecutkan jerawat

No comments

Powered by Blogger.