Campuran Madu Dan Bawang Putih Untuk Cegah Serangan Jantung - Abang Terlajak Laris


Campuran Madu Dan Bawang Putih Untuk Cegah Serangan Jantung


Cara ni dikongsikan oleh Encik Abdullah Badar Bajrai‎ ini.

Hari ni saya nak kongsi Resepi ubat jantung gunakan superfood bawang putih yang bergolek kat dapur korang tu.Alhamdulilah lepas amalkan resepi ni nafas saya lapang dan takda nyut-nyut kat dada lepas tu tenaga pun bertambah tak de lah letih sangat.

Memang betullah cakap Ustaz yang rekomen ni , memula macam pelik tapi da cuba ustaz ni cuma mintak tolong viralkan kalau berkesan biar dapat tolong ramai orang.

Bahan-Bahan:
3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Madu Royal Yemen

Cara-Caranya:
3 ulas bawang putih tu di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan satu sudu besar Madu Royal Yemen .

Kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya ambil semasa perut kosong, Insha Allah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh korang.

Rupanya resepi ni bukan untuk jantung jer ada banyak khasiat lain seperti;

Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.
Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat di sebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.
Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.
Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal.
Merawat masalah cirit birit.
Buang toksik dalam badan.
Menambahkan daya ketahanan badan.
Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis.
Mencegah penyakit kanser.
Mengurangkan sakit arthritis.
Boleh menurunkan berat badan.

Lagi satu ustaz ni cakap kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pun bagus amalkan petua ni.

Selamat Mencuba!

Sumber: Abdullah Badar Bajrai‎ via mingguanwanita

No comments

Powered by Blogger.