Hampas Kelapa Buat Kulit Wajah Halus & Licin - Abang Terlajak Laris


Hampas Kelapa Buat Kulit Wajah Halus & Licin


Petua gunakan hampas kelapa ni memang di akui keberkesanannya. Di atas keberkesanan itulah, kebanyakan kosmetik sekarang menggunakan kelapa dalam produk mereka.

Banyak manfaat kelapa ini , antaranya;

Haluskan kulit 
Lembap kan kulit 
Pelindung sinaran UV 
Cerahkan kulit
Tanggalkan kulit mati 
Redakan masalah ke gatalan kulit 
Redakan masalah jerawat 
Pudarkan jeragat 
Anti penuaan

Sebab itulah kalau selalu amal. Kulit akan nampak berseri dan peloles!

Okay, resipi yang cikgu nak berkongsi ini boleh digunakan sebagai scrub untuk muka dan seluruh badan.

Bahan bahannya

1. 7 sudu besar hampas kelapa 
2. Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit 
3. 2 sudu besar gula biasa atau gula perang 
4. 1 sudu besar garam halus 
5. 2 sudu tepung beras

Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering.
Tara dah siap!

Cara guna

1. Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan
2. Kalau mahu kesan lebih power boleh perah sedikit air limau kasturi @ atau lemon dan scrublah di badan dan muka.
3. Amalkan seminggu 2-3 kali.
4. Lebihan scrub boleh simpan dalam peti. Boleh tahan dekat 2 minggu kalau tidak di campur air.
Selamat mencuba.

In Sha Allah. Akan nampak perubahan ketara.

Petua oleh: Sarifa Redzuan II

No comments

Powered by Blogger.