Hilangnya Kemanisan Dalam Rumah Tangga, Kenapa Ya? Ini 5 Tandanya - Abang Terlajak Laris


Hilangnya Kemanisan Dalam Rumah Tangga, Kenapa Ya? Ini 5 Tandanya


Kalau dulu masa bercinta, ke mana saja mahu bersama, mahu berdua. Kalau boleh, mati pun nak bersama, tapi lepas kahwin rasa ingin selalu 'berkepit' tu automatik hilang. Betul tak?

Mungkin ada yang tak setuju, tapi itulah hakikatnya itu lah sebenarnya yang berlaku. 

Kadang kita sendiri tak faham, kenapa, bila dan bagaimana rasa cinta itu hilang. Mungkinkah kerana hakikat bebanan tanggungjawab membuatkan cinta menghilang atau juga kebosanan mengadap muka masing-masing yang menyebabkan perasaan cinta  itu pergi. 

Tak kan macam tu sekali kan?

Ramai yang beranggapan selepas berkahwin, keseronokkan merindu, bimbang, semasa bercinta itu akan berterusan. 

Sebenarnya, lepas sahaja selesai 'akad nikah', suami isteri telah berhadapan dengan tanggungjawab yang sangat besar yang akan merubah cara, serta konsep hidup yang selama ini digunakan. 

Saya nak kongsikan kepada anda, 5 tanda hilangnya cinta dalam rumah tangga.

1. Jika kebosanan telah menghinggapi anda dan anda merasa lebih selesa apabila sendiri, berasingan daripada pasangan anda, maka inilah tanda yang amat kuat bahawa cinta mula pudar.

2. Tanda hilangnya cinta, adalah tidak merasakan rindu ketika berpisah jauh atau dalam waktu yang cukup lama.

3. Cemburu adalah sebahagian dari petanda cinta dalam kehidupan berumah tangga. Akan tetapi jika cemburu telah berlebihan, akan mudah sekali menaruh prasangka buruk kepada pasangannya. Sikap yang dikedepankan adalah curiga dan tidak percaya. Segala yang dilakukan oleh pasangannya cepat sekali menimbulkan persangkaan berlebihan. Inilah petanda berikutnya dari hilangnya rasa cinta.

4. Kecenderungan untuk lebih suka menutup diri dalam berbagai persoalan hidup anda, berbanding berbincang dengan pasangan anda, maka perkara ini menjadi petanda kelemahan cinta dalam jiwa anda.

5. Apabila perasaan anda dingin saja melihat penampilan pasangan anda, tidak ada hasrat dan gairah terhadapnya, maka ini adalah kematian cinta yang sangat nyata.

Selain kesabaran dan emosi, kepercayaan dan ketelusan dalam menjalani kehidupan berumahtangga sangat perlu dititikberatkan bagi menambah kemanisan dalam menempuh hari-hari dalam perkahwinan.

No comments

Powered by Blogger.