Jaga-Jaga Bila Anak Hidap ASMA, Boleh Bawa Maut & Ganggu Tumbesaran - Abang Terlajak Laris


Jaga-Jaga Bila Anak Hidap ASMA, Boleh Bawa Maut & Ganggu Tumbesaran


Walaupun asma secara amnya adalah seperti penyakit biasa, tetapi kadangkala penyakit asma yang teruk boleh menyebabkan maut dan asma yang tidak terkawal boleh menyebabkan pesakit di kalangan kanak-kanak mempunyai tumbesaran yang terganggu.

Asma ialah sejenis penyakit di mana saluran-saluran pernafasan akan mengecil ketika asma menyerang. Ini akan menyebabkan seseorang pesakit itu sukar bernafas dan nafasnya akan berbunyi. 

Peringkat kedua asma adalah apabila berlaku radang atau inflamasi di dinding-dinding saluran pernafasan tersebut atas tindak balas badan.

Penyebab

1. Keturunan.

2. Penyakit alahan (allergic) seperti allergic rhinitis dan utricaria.

3. Menyerang apabila seseorang itu terdedah kepada faktor-faktor luaran yang dipanggil alergen seperti habuk, cuaca sejuk, makanan, kucing atau haiwan berbulu yang lain.

4. Jangkitan kuman pada saluran pernafasan atau Upper Respiratory Tract Infection juga boleh menyebabkan seseorang pesakit itu diserang asma.

Golongan Berisiko

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus tetapi kebiasaannya kanak-kanak ini akan sembuh apabila usia mereka meningkat.

Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.

Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Rawatan

Langkah pertama yang mesti diambil oleh pesakit asma ialah mengenali dan menjauhi faktor-faktor penyebab asma.

Setiap pesakit biasanya mempunyai faktor penyebabnya sendiri dan biasanya pesakit itu sama ada dewasa atau kanak-kanak atau ibu bapanya akan tahu faktor-faktor ini.

Seboleh mungkin, cuba jauhi faktor penyebab dan anda boleh mengelak asma.

Jika asma masih menyerang, terus ke hospital atau bagi kanak-kanak, mereka hendaklah dibawa untuk berjumpa dengan doktor atau klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: Majalah Nona

No comments

Powered by Blogger.