Jintan Manis Berkesan Hilangkan Senggugut - Abang Terlajak Laris


Jintan Manis Berkesan Hilangkan Senggugut


Berikut adalah kajian tentang keberkesanan jintan manis untuk membantu meredakan senggugut. 

Jintan Manis mengalahkan Pain killer Mefenamic asid untuk Senguggut.

Kajian di Kerman, Republik Islam Iran untuk membandingkan keberkesanan jintan manis atau asid mefenamic (sintetik) bagi melegakan kesakitan senguggut.

Dua kumpulan kanak-kanak perempuan sekolah menengah (min usia 13 tahun) yang mengalami senguggut dipilih secara rambang untuk menerima  ekstrak jintan manis (n = 55) atau asid mefenamic (n = 55) selama 2 bulan.

Dalam kumpulan jintan manis, 80% daripada kanak-kanak perempuan dan dalam kumpulan asid mefenamic, 73% daripada kanak-kanak perempuan menunjukkan kelegaan kesakitan atau pengurangan kesakitan.

Manakala 80% dalam kumpulan jintan manis dan hanya 62% dalam kumpulan asid mefenamic tidak lagi diperlukan untuk bercuti  dari sekolah.

Cara menyediakan jintan manis:- 

1 sudu teh jintan manis dicampur dalam secawan air panas,tutupkan dan tunggu sehingga 5-10 minit sebelum ditapis dan diminum airnya sahaja. Lakukan 2 -3 kali sehari seminggu sebelum period.

Sumber: Dr. Salwa

No comments

Powered by Blogger.